free counters

Sabtu, 16 Julai 2011

Daging Masak Singgang Ala Kelantan


Bahan-Bahan:

300 gram daging batang pinang
3-4 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:

2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk  kasar:

1 camca besar ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering - yang ni kisar lumat

Cara penyediaan:

1 Masukkan semua ingredients bahan yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2 Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.

Sup Tofu Telor


Bahan-Bahan:

2 batang tofu telur - dipotong ikut suka
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 sentimeter halia
1 biji putih telur
1 tangkai daun sawi - dipotong
½ biji lada benggala merah - dihiris panjang
½ biji lobak merah - diparut
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Pijarkan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.
2 Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.
3 Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
4 Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Kaki Ayam


Bahan-Bahan:

200 gram kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api - hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Garam
Gula 

Cara penyediaan:

1 Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
2 Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
3 Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
4 Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang

Kerabu Beko

Bahan-Bahan:

3 biji buah beko - dihiris halus, direndam dengan air garam selama ½ jam dan direbus
5 biji mangga muda - diparut
1/4 kilogram kelapa - digoreng garing
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ekor ikan kembung - dipanggang, dibuang tulang dan ditumbuk
1/4 kilogram santan
2 sudu makan serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air limau nipis secukupnya

Cara penyediaan:

1 Buah beko yang direbus ditoskan.
2 Selepas itu gaulkan buah beko tadi bersama santan pekat, bawang merah, ikan yang dipanggang, mangga, kelapa, serbuk lada putih, air limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
3 Masukkan ke dalam bekas hidangan dan sedia dinikmati.

Kerabu Daging Ala Thai

Bahan-Bahan:

350 gram daging/fillet steak
2 sudu besar fish sauce
4 sudu besar jus limau/lime juice
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil roasted serbuk cili
3-4 bawang/shallots,dihiris halus
3-4 daun salad,utk hiasan
20 gram daun coriander dihiris,untuk hiasan
15 gram daun pudina di hiris,untuk hiasan

Cara penyediaan:

1 Panaskan pan atau  grill dalam kepanasan sederhana.Kalau guna grill,lapiskan tray dengan foil.
2 Letakkan daging tadi di atas grill dan  taburkan dengan garam dan pepper di kedua belah daging tadi.
3 Masak dalam 5-7 minit dan terbalikan daging tadi dengan kerap agar daging tadi tidak hangus.
4 Gunakan pisau yang tajam bagi menghiris daging tadi mengikut citarasa anda
5 Campurkan fish sauce,lime juice,gula dan serbuk cili tadi ke dalam satu bekas.
6 Hiriskan bawang tadi nipis-nipis dan campurkan sekali dengan daging yang telah di potong tadi.
7 Rasa dan tambah lagi bahan jika perlu,cukup rasa gaulkan smua bahan tadi sekali.

Kerabu Daging


Bahan-Bahan:

500 gram daging - direbus dan disiat halus
1 ikat daun kesum - dihiris nipis
1 batang bunga kantan - dihiris halus
3 sudu besar sudu serbuk ketumbar
½ kilogram kelapa - digoreng garing
5 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar serbuk lada putih
2 ekor ikan kembung - dipanggang dan ditumbuk
½kg santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam limau nipis

Cara memasak:

1 Masukkan daging ke dalam sebuah bekas.
2 Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, serbuk ketumbar, kelapa, bawang merah, serbuk lada putih, ikan, santan, air asam limau secukupnya, gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Sedia dihidangkan.

Kerabu Putik Jagung

Bahan-Bahan:

10 biji putik jagung
200 gram udang hidup
1 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
5 sudu besar kerisik
1 biji tomato
1 bungkus kecil suhun dicelur
3 biji limau nipis
Garam & gula

Bahan untuk di Kisar

-2 biji cili merah
-cili padi (ikut pedas)
2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1 Putik jagung potong serong dan di celur 15 minit
2 Udang direbus dengan sedikit garam
3 Bawang besar,tomato dan bunga kantan dihiris nipis
4 Campurkan semua bahan dan gaul bersama kerisik serta bahan yang ditumbuk
5 masukkan air limau nipis,garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan sedia untuk makan tengahari.