free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tauhu Jepun Sos Tiram


Bahan-Bahan:

2 bungkus tauhu jepun
2 ulas bawang putih
1 inci halia dimayang
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air  untuk celup tauhu
Sedikit tepung jagung  untuk pekatkan kuah
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Potong tauhu setebal lebih kurang 2cm. Celup ke dalam bancuhan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
2 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air,sos tiram, kicap, gula dan garam secukup rasa.
3 Masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan tauhu goreng dan gaul sehingga rata.
4 Akhir sekali masukkan tepung jagung dan gaul sehingga mereneh.

1 ulasan: