Bahan-Bahan: |
2 bungkus tauhu jepun |
2 ulas bawang putih |
1 inci halia dimayang |
Sedikit sos tiram |
Sedikit kicap pekat |
Gula dan garam secukup rasa |
1 biji telur |
Sedikit air |
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air untuk celup tauhu |
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah |
Minyak untuk menumis |
Cara penyediaan: |
1 Potong tauhu setebal lebih kurang 2cm. Celup ke dalam bancuhan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan. |
2 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air,sos tiram, kicap, gula dan garam secukup rasa. |
3 Masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan tauhu goreng dan gaul sehingga rata. |
4 Akhir sekali masukkan tepung jagung dan gaul sehingga mereneh. |
Sabtu, 4 Disember 2010
Tauhu Jepun Sos Tiram
Label:
Tauhu Jepun Sos Tiram
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mcm sodappp je
BalasPadamni tgh cuba masak