free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tauhu Jepun Masak Taucu Bercendawan


Bahan-Bahan:

2 biji tauhu telor dipotong setebal 1cm dan digoreng 
3 ulas bawang putih cincang kasar
1 biji cili merah  dicincang halus
1 cm halia  diparut
100 gram daging cincang 
100 gram cendawan dalam tin dicincang kasar
1 1/2 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
1 pokok daun bawang  dipotong 1 cm
1/2 sudu teh minyak bijan
300 ml air
1/2 sudu makan tepung sagu dan  1/2 sudu makan air dibancuh 
2 sudu makan minyak untuk menumis
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak masak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih, cili merah dan halia hingga naik bau..
2 Masukkan daging dan kacau sehingga daging berubah warna. Masukkan cendawan, kacau rata.
3 Masukkan taucu, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.
4. Tuangkan air dan masak hingga mendidih.
5 Perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung sagu dan masukkan minyak bijan dan daun bawang. Kacau rata seketika.
6 Tutup api dan tuangkan sos di atas tauhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan