free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Laksa Penang


Bahan-Bahan :

1 kilogram laksa 
1 kilogram ikan kembung
2 kuntumg bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji chili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai dititik
4 liter air

Bahan Untuk Dihiris / Condiment:

4 biji telur rebus
1 biji timun 
2 biji bawang besar 
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun salad dihiris
Garam secukup rasa
Otak Udang

Cara penyediaan:

1 Rebus ikan kembung hingga lembut. Ambil isinya dan kisar halus.
2 Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk.
3 Biarkan mendidih selama 20 minit.
4 Kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.
5 Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.

1 ulasan: