free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Laksa Johor


Bahan-bahan:

1 paket sphagetti direbus 

Bahan Untuk Direbus Dan Dikisar:

1 kilo ikan kembong atau  ikan parang
100 gram udang basah
20 gram  isi ikan kurau dibakar
50 gram kecil udang kering 

Bahan Untuk Dikisar Halus:

3 biji bawang besar 
15 tangkai chili kering
2 inci halia 
2 iinci lengkuas 
2 inci kunyit hidup 
2 batang serai  diketuk
2 keping asam keping
3 cawan santan 
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
4 ulas bawang putih 


Bahan Untuk Dihiris / Condiment:

5 biji limau kasturi belah 2 dan buang biji
1 biji timun di racik halus
Segengam taugeh segar di buang ekor

2 biji bawang besar hiris halus
4 biji chili merah/chili hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
Sambal Belacan

Cara penyediaan:

1 Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
2 Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan yang dikisar halus sehingga wangi
3 Bila sudah garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar, tambah ikan,udang,udang kering dan ikan kurau kering yang telah dikisar.
4 Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air, asam keping, garam dan gula.
5 masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan