free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Laksa Pahang


Bahan-bahan:

500 gram laksa basah
1 kilogram ikan kembung
400 ml santan
50 gram asam keping
500 gram bawang merah
30 gram bawang putih
100 gram serbuk ketumbar
50 gram udang kering
50 gram bunga kantan
50 gram daun kesum
Air secukupnya
100 ml minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dihiris / Condiment:

Taugeh segar 
Kacang panjang dipotong nipis
Limau nipis dipotong dua
Chili merah dipotong serong
Timun dihiris nipis memanjang
2 sm belacan | dibakar
Sambal chili kering secukupnya

Cara penyediaan:

1 Rebuskan ikan sehingga masak. Selepas itu asingkan isi dengan tulangnya. Kemudian dikisar sehingga halus.
2 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan wangi.
3 Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, ikan kisar, udang kering dan sedikit air. Masak hingga mendidih dan pekat.
4 Selepas itu masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5 Masukkan laksa dan bahan ulam ke dalam mangkuk, tuangkan kuahnya. Sedia untuk dihidangkan.

1 ulasan:

  1. ni resepi dr mana ni? tak mcm laksa pahang pun..cara masak serta bahan2 pun tak cukup..

    BalasPadam