Bahan-bahan: |
Bahan Untuk Dihiris / Condiment: |
Daun salad |
Timun – potong halus |
Taugeh segar |
Sambal belacan |
Cili tumbuk |
Kacang panjang – potong kecil-kecil |
Bahan Untuk Kuah: |
3 ekor ikan sardin |
1 gelas santan |
½ biji bawang besar |
4 ulas bawang putih |
1 inci halia |
1 batang serai |
2 sudu kerisik |
Sedikit lada sulah |
2 asam keping |
1 inci lengkuas |
Gram dan gula secukup rasa |
Sedikit minyak untuk menumis |
Cara penyediaan: |
1 Rebus ikan sehingga masak. |
2 Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia. |
3 Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar. |
4 Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau. |
5 Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata. |
6 Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih. |
7 Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih. |
Bahan Untuk Laksam: |
3 cawan tepung beras |
6 sudu besar tepung jagung |
6 cawan air |
Sedikit garam |
Cara penyediaan: |
1 Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan. |
2 Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis. |
3 Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair. |
4 Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung. |
5 Gulung memanjang dan potong kecil. |
Jumaat, 3 Disember 2010
Laksam Kelantan
Label:
Laksam Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
untuk kuah laksam ni tak perlu ditumis..setahu saya la yg mmg asal dari kelantan..dan lagi kerisik perlu di isi ke? saya tak pernah isi kerisik untuk kuah laksam ni..sorry komen
BalasPadam