free counters

Isnin, 29 November 2010

Daging Masak Lemak Chili Api


Bahan- bahan:

600 gram daging yang telah disalai
100 gram rebung masam
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
15 biji cili ap
2 batang serai di titik
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 helai daun kunyit disiat
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya

Cara menyediakan:

1 Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2 Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung. 
3 Masukkan santan cair  dan hidupkan api yang sederhana.
4 Sentiasa kacau supaya tidak pecah santan. Bila sudah menggelegak masukkan pula santan pekat.
5 Kacau lagisehingga  menggelegak sekali lagi, masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit. 
6 Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan