free counters

Isnin, 29 November 2010

Sup Ketam


Bahan- bahan:

4 ekor ketam sederhana besar
1 bungkus sup bunjut 
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 keping asam keping
2 sudu besar bawang goreng
2 biji ubu kentang di belah 4
1 biji tomato dibelah 6
1 batang lobak merah
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak untuk menumis
Air

Cara menyediakan:

1 Tumbuk bawang merah,putih dan halia.
2 Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bawang merah,putih dan halia hingga naik bau.
3 Masukkan air, sup bunjut dan asam keping. Biarkan seketika.
4 Masukkan kentang dan carrot yang telah dipotong
5 Bila air dah mendidih, masukkan ketam. Biarkan sehingga 5-10 minit supaya ketam tidak terlebih masak.
6 Masukkan garam dan tomato.
7 Angkat dan taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan