Bahan-bahan: |
500 gram krusuk kambing diperap dengan limau bagi menghilang bau |
3 ulas bawang merah |
2 ulas bawang putih |
1/2 sudu makan jintan kasar |
1/2 sudu makan jintan manis |
1/2 sudu makan ketumbar |
1 biji buah keras |
2 cm halia |
2 batang kulit kayu manis |
2 ketul bunga lawang |
3 biji buah pelaga |
1/2 sudu serbuk kunyit |
1 sudu perencah sup |
2 biji kentang |
Garam secukup rasa |
Minyak secukupnya untuk menumis |
Daun sup & bwg goreng sbg hiasan. |
Cara penyediaan: |
1 Kisar bawang merah, bawang putih, halia,buah keras,jintan kasar , jintan manis dan juga ketumbar. Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar tadi dan juga kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. |
2 Setelah berbau wangi masukkan , masukkan rempah sup dan daging kambing. Biar daging nampak pucat sedikit baru masuk kan air paras rata. Tutup dalam 1masa kira kira 10 minit. |
3 Reneh sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, masukkan kentang dan garam.Masak sehingga kentang lembut. |
Ahad, 28 November 2010
Sup Kambing
Label:
Sup Kambing
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan