free counters

Isnin, 29 November 2010

Rendang Ayam


Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam dipotong 12
3 cawan  pati santan dari 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit dimayang halus
2 sudu besar gula merah
Garam
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk dikisar:

3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 chili kering
15 biji cili api

Cara penyediaan:

1 Tumiskan semua bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.Kemudian masukkan ayam.
2 Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
3 Masukkan daun kunyit atau daun lmau purut. Renehkan sehingga menjadi pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan