free counters

Isnin, 29 November 2010

Ayam Tandoori


Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam  dipotong  4 bahagian

Bahan Untuk Perap:

1 sudu besar chili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt

Bahan Untuk Dikisar:

1 inci halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
1 sudu besar madu atau gula
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1 Satukan bahan bahan yang telah dikisar bersama bahan bahan  perap ke dalam freezer bag
2 Masukkan ayam dan pastikan semua bahan bergaul rata dengan ayam. perapkan selama beberapa jam atau semalaman
3 Bakar pada suhu 200C selama 1 jam, 30 min untuk kedua dua bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan