free counters

Sabtu, 20 November 2010

Putat


Putat atau nama botaninya barringtonia racemosa L. spreng ianya juga dikenali sebagai putat kampung atau putat ayam. Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam. Ada juga putat yang dipanggil putat laut (barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain. 
Di gunakan untuk rawatan.
Merawat Resdung - Kulit dari batangnya dikeringkan  terlebih dahulu  dan kemudiannya dibakar, asap yang dihasilkan dikenakan pada muka.
Merawat Kanser Atau Ketumbuhan - Daunnya dan bijinya dimakan mentah atau dibuat ulam. Ekstrak dari bijinya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser dan ketumbuhan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan