Pulut Pulut atau nama botaninya urena lobata L. ianya juga dikenali sebagai pepulut,caesar weed, pulutan, kelulut. aramina, hibiscus burr, jute africain, dadangsi atau apaka. Ia dipanggil pulut-pulut kerana ciri buahnya yang akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia yang tersentuh padanya. Bunga pepulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak dengan satu stigma ditengahnya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang. Buahnya mempunyai bulu yang keras dan boleh melekat pada bulu haiwan dan pakaian. Ia mudah membiak melalui biji benih. |
Di gunakan untuk rawatan. |
Merawat Cirit Birit - Ambil akarnya dan dibasuh bersih, selepas itu diasah dibahagian belakang pasu. Campur sedikit air dan tapiskan. Minum 2 kali sehari sebagai amalan. |
Merawat Bisul - Tumbuk bunganya sehingga mengeluarkan lendir. Lendirnya disapu pada bisul tersebut. Ulangi amalan ini hingga bisul kering. |
Sabtu, 20 November 2010
Pulut Pulut
Label:
Pulut Pulut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan