free counters

Isnin, 29 November 2010

Puding Aiskrim Keladi


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar
300 gram gula pasir
60 gram tepung jagung
400 gram aiskrim keladi
700 ml air
400 ml susu cair
15 ml pes keladi
Pewarna ungu

Cara penyediaan:

1 Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendidih.
2 Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3 Masukkan susu cair yang telah dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendidih.
4 Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar.
5 Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6 Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7 Masukkan pes keladi dan pewarna ungu kedalam adunan yang separuh lagi.
8 Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yang berwarna ungu keatasnya dan sejukkan.
9 Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan