free counters

Isnin, 29 November 2010

Ayam Masak Kari


Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dan ditoskan
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
5 biji ubi kentang di belah 4
3 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Menumis:

6 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
3 cm halia dimayang
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2 Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili mesin yang dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3 Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendidih dan ayam dan kentang empuk.
4 Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan