free counters

Isnin, 29 November 2010

Ayam Masak Kerutub

Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam seberat 2 kilogram yang dipotong 12 bahagian
80 gram rempah kerutup dibancuh dengan sedikit air
800 ml santan dari 1 biji kelapa
30 gram gula merah
30 gram kerisek
80 ml minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar: 

100 gram bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1 Tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
2 Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendidih. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut. Pastikan kacau sekali sekala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan