free counters

Isnin, 29 November 2010

Nasi Pillaf


Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi dicuci dan toskan
60 gram mentega
300 gram daging lembu, dihiris halus-halus
3 ulas bawang merah  dicincang halus
3 ulas bawang putih  dicincang halus
1 cm halia dicincang halus
1 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar kismis hitam
250 ml santan
250 ml air rebusan ayam
3 biji tomato, dibuang biji dan di potong dadu
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1 Cairkan mentega di dalam periuk ,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga keperangan dan naik baunya.
2 Masukkan serbuk kari daging, kacau dan tambah daging dan kismis hitam.
3 Masukkan tomato dan perasakan garam.
4 Masukkan beras dan kacau rata-rata sebelum ditambah santan dan air rebusan ayam.
5 Masukkan daun ketumbar dan masak sehingga cecair terserap. Kecilkan api, tutup periuk dan tanak nasi selama 7 minit lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan