free counters

Isnin, 29 November 2010

Daging Masak Opor


Bahan-bahan:

1 kilogram  daging
70 gram rempah opor
200 gram bawang merah
25 gram bawang putih
25 gram halia
3 gram belacan
50 gram serbuk lada kering
5 sm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
50 gram asam jawa dibancuh dengan 1 cawan air panas dan diambil airnya
5 cawan santan
2 batang serai  dititik
100 gram  kerisik
1½ cawan minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula

Cara penyediaan:

1 Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2 Masukkan bawang merah, bawang putih, halia bersama serbuk lada kering dan belacan. Tumis sehingga wangi.
3 Masukkan daging bersama dua cawan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan rempah opor dan biar mendidih sehingga daging empuk dan airnya kering sedikit sebelum kecilkan api.
4 Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
5 Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Biar reneh sehingga sebati, kuah pekat dan keluar minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan