free counters

Isnin, 29 November 2010

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Bahan Untuk Nasi:

4 tin susu beras
8 ulas bawang putih dikisar
4 inci halia  dikisar
4 tin sup air rebusan ayam
2 helai daun pandan
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:

1 Tumis bawang putih, halia dengan majerin.
2 Lepas naik bau, masukkan sup ayam,daun pandan, serbuk kunyit dan beras. Tunggu hingga masak.

Bahan untuk Sup Ayam:

1 ekor ayam mengikut citarasa
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
Garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1 Tumis halia dan bawang putih yang telas dihiris halus.
2 Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.
3 Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit.
4 Masukkan air dan garam secukup rasa.
5 Biar masak dan simpan 4 tin sup ayam untuk digunakan untuk memasak nasi ayam.
6 Keluarkan ayam untuk digoreng

Bahan Untuk Sambal Chili:

10 tangkai cili merah
2 bawang putih
2 sudu besar air limau nipis
Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Kisar kasar  semua bahan

Bahan Untuk Kicap:

200 gram hati dan pedal ayam
Sedikit minyak
2 mangkuk kicap
Gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Goreng hati dan pedal ayam dan campurkan kicap dan gula

Bahan Untuk Ayam:

Ayam yang telah dimasak sup ditoskan daripada supnya
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap dan  3 sudu besar sos lada hitam

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan, perap sebentar dan goreng ayam sehingga berwarna keemasan

Enak dimakan bersama timun, tomato dan salad  segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan