free counters

Isnin, 29 November 2010

Nasi Beriani Johor


Bahan-bahan:

2  cawan beras basmathi 
1 cawan minyak sapi 
1 sudu teh buah pelaga 
1 inci kayu manis 
5 kuntum bunga lawang 
1 sudu teh jintan manis 
1/2 sudu teh koma koma 
6 ulas bawang putih  dihiris halus 
10 ulas bawang merah dihiris halus 
1 inci halia  dihiris halus 
5 sudu makan rempah beriyani (pes) 
Segenggam gajus 
Segenggam raisins 
5 cawan air 
Garam secukup rasa 

Cara penyediaan:

1 Pijarkan minyak sapi 
2 Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 
3 Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 
4 Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 
5 Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 
6 Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 
7 Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan