Bahan-bahan: |
500 gm beras basmathi dibersihkan dan ditoskan |
1250 ml air . |
4 sm kulit kayu manis |
4 biji buah pelaga |
4 kuntum bunga cengkih |
1 camca teh koma koma atau pewarna kuning |
2 camca teh esen ros |
500 gram daging lembu atau ayam dipotong kiub |
3 biji bawang besar dikisar halus |
5 biji cili hijau dikisar halus |
5 ulas bawang putih dikisar halus |
4 sm halia dikisar halus |
2 camca besar rempah beriani |
2 tangkai daun ketumbar dipotong kecil |
3 tangkai daun pudina dipotong kecil |
3 biji tomato dipotong kecil |
100gm bawang goreng |
150 ml susu sejat |
Sedikit buah gajus |
Sedikit garam |
Sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi . |
Cara penyediaan: |
1 Masak beras dengan air, kulit kayu manis,buah pelaga , bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan . Ketepikan. |
2 Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit. |
3 Kemudian gaulkan daging bersama rempah beriani,daun ketumbar dan pudian yang dipotong kecil , tomato dan bawang goring.Goreng hingga garing dan masukkan susu. |
4 Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan .Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma – koma dan esen ros . |
5 Ulangi proses hingga menjadi 4 – 5 lapisan nasi dan daging.Apabila selesai ,tutup bekas dengan penutupnya dan tampal sekeliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung. |
6 Biar diatas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi |
Hidangan nasi ini biasanya dihidangkan bersama kurma ayam dan telur pindang. |
Isnin, 29 November 2010
Nasi Beriani Gam
Label:
Nasi Beriani Gam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan