free counters

Jumaat, 19 November 2010

Manjakani


Manjakani/mempening atau nama botaninya quercus infectoria oliv. Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan.
Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.
Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.
Di gunakan untuk rawatan.
Penawar Pada Penyakit Keputihan Pada Wanita - Rebus 6 biji manjakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan ini tidak disimpan terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.
Merawat Luka Luaran - Buah manjakani  diasah pada belakang pasu yang kesat dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Balut dengan kain dan biarkan sehingga kering.
Merawat Luka Dalaman - Manjakani direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu.Air rendamannya juga diminum. Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin). 
Merawat Kencing Manis Dan Asma -Air rebusan dari buahnya yang kaya dengan asid galik  dikatakan mujarab merawat penyakit ini.
Merawat Jerawat - Buah manjakani  diasah pada belakang pasu yang kesat , hasilnya di tuap ke bahagian muka yang terdapat jerawat. Biar seketika sebelum dicuci hingga bersih.
Mengeratkan Hubungan Suami Isteri - Biji manjakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul masak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan