free counters

Jumaat, 19 November 2010

Mas Cotek


Mas Cotek atau nama botaniya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit), tapi ia juga boleh melata diatas tanah seperti tumbuhan lain juga. Dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya. Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).
Di gunakan untuk rawatan.
Menyembuh Dan Membetulkan Kerosakan Urat Saraf - Keringkan 2-3 helai daunnya (campuran daun dari  pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
Merawat Penyakit Paru Paru Berair - Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakansebanyak 3-5hari untuk menyihatkan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan