free counters

Jumaat, 19 November 2010

Manggis


Manggis atau nama botaninya garcinia mangostana L. merupakan tumbuhan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar.bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat.Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 cm.daunnya bersaiz 6.5-9.5 cm X 3.5-5.5 cm.bunganya mempunyai 4 kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat.Buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi magenta (ungu ) apabila masak.Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Di gunakan untuk rawatan.
Mengubati Cirit Birit - Kulit buah manggis diasah pada belakang pasu yang berpermukaan agak kesat. Tapis airnya dan  diminum. 
Melancarkan Kitaran Haid - Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan kitaran darah haid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan