free counters

Isnin, 22 November 2010

Koleh Kacang

Bahan-Bahan: 


500 gm kacang hijau
3 biji kelapa parut
1 mangkuk sedang gula merah 
2 helai daun pandan
1 cawan gula pasir


Cara menyediakan:


1 Kacang hijau dibasuh dan ditoskan airnya sehingga kering. Setelah itu digoreng tanpa minyak sehingga kuning kemudian dikisar sehingga halus.
2 Dua biji kelapa diperah ambil santannya yang pekat kira-kira 1 mangkuk besar kemudian masukkan santan di dalam kuali bersama-sama gula pasir dan gula merah sambil dikacau hingga larut. Campurkan dua helai daun pandan.
3 Bila gula telah larut masukkan tepung kacang hijau sambil dikacau hingga pekat dan rata. Setelah itu tuangkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
4 Sebiji biji kelapa parut diperah ambil pati santannya sebanyak 1 mangkuk dan masaklah di dalam kuali sehingga bergentel jadi tahi minyak. Setelah itu taburkan di atas kole kacang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan