Bahan-bahan:- | |
Bahan Untuk Inti: | |
1 biji kelapa parut untuk diambil putihnya sahaja | |
½ cawan gula melaka | |
1 cawan gula pasir | |
2 helai daun pandan disiat dan disimpul | |
½ cawan air | |
Cara menyediakan: | |
1 Campurkan semua bahan bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana. | |
2 Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan. | |
Bahan Untuk Kuih: | |
1 bungkus tepung pulut | |
2 mangkuk santan ( ½ mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak) | |
½ sudu teh garam | |
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya | |
Cara menyediakan: | |
1 Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. | |
2 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat bulatkan dan celup ke dalam santan masak. | |
3 Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai. | |
4 Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20-30minit. |
Isnin, 22 November 2010
Koci
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan