free counters

Isnin, 29 November 2010

Daging Masak Kari

Bahan-bahan:

500 gram daging lembu dipotong nipis kecil dan basuh dan toskan
5 biji kentang dibelah 4
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula merah
2 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar:

20 tangkai cili kering
1 sudu besar rempah kari daging
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan Untuk Menumis: 

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2 Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3 Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4 Bila pecah  minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
5 Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan