free counters

Isnin, 29 November 2010

Daging Masak Kurma


Bahan- bahan:

500 gram  kilo daging direbus hingga empuk, dipotong sederhana
4 biji bawangbesar dikisar 
1 biji bawang putih dihiris
1 keping halia diketuk
4 biji kentang dibelah 4
2 sudu besar serbuk kurma daging 
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
3 cawan  santan
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula pasir
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:

1 Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga hingga naik bau
2 Masukkan bawang yang dikisar  dan tumis sampai pecah minyak
3 Masuk rempah kurma dan sedikit air serta tumis lagi sampai naik bau.
4 Masukkan daging, kentang, garam, gula dan kacau rata, sesuaikan rasa
5 Biarkan daging empuk sambil kacau sekali sekala supaya tidak hangit
6 Masukkan santan dan kacau rata.Perlahankan api dan biarkan mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan