Bahan- bahan: |
500 gram daging batang pinang direbus dan dihiris nipis |
1/2 camca teh garam |
2 biji bawang besar dipotong bulat |
1 batang saderi dihiris serong |
1 batang leek dihiris serong |
1 camca besar sos lada hitam |
1 1/2 camca besar sos tiram |
1 camca besar kicap pekat |
2 camca besar kicap cair |
2 biji cili merah, dibelah 2 |
1 cawan air |
Bahan Untuk Dikisar: |
2 inci halia tua |
4 ulas bawang putih |
1/2 inci kunyit hidup |
Cara menyediakan: |
1. Daging disatukan bersama garam dan bahan bahan tumbuk, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama lebih kurang 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut. |
2. Tambah sos tiram, sos lada hitam, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Masukkan leek dan saleri. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat. |
3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan halus halia dan daun sup. |
Isnin, 29 November 2010
Daging Masak Halia
Label:
Daging Masak Halia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan