free counters

Selasa, 30 November 2010

Biskut Oren


Bahan-bahan :

250 gram butter
130 gram gula castor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar oren pes
1 sudu kecil pewarna oren
Coklat chips untuk hiasan

Bahan Untuk  Diayak:

300 gram tepung gandum
50 gram tepung naik sendiri
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kastad

Cara penyediaan:

1 Butter dan gula dipukul sehingga sebati.
2 Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3 Masukkan perawarna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4 Masukkan bahan yang telah diayakkan dan gaulkan sebati.
5 Masukkan doh kedalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6 Hiaskan dengan coklat chips.
7 Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8 Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan