free counters

Selasa, 30 November 2010

Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan :

400  gram mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula kastor
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
2 sudu teh esen vanilla
Coklat bijian

Cara penyediaan:

1 Ayakkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung bersama.
2 Pukul butter dan gula hingga berkrim dan putih, ,masukkan esen vanilla , kacau lagi, kemudian masukkan kuning telur dan kacau mesra.
3 Tuang tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga mendapat doh yang agak lembut.
4 Ambil sedikit adunan, dan sagatkan menjadikan uraian yang pendek-pendek.
5 Sudukan adunan yang disagat kedalam paper case ( supaya nampak macam sarang) dan hias dengan coklat bijian (chocolate rice).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan