free counters

Rabu, 17 November 2010

.Baru Cina


Baru Cina atau nama botaninya  artemisia vulgaris Linn juga dikenali sebagai  daun manis atau daun sudamala. Batangnya separuh berkayu, mempunyai bunga kecil berwarna kuning dan ia boleh membiak melalu biji benih dan keratan batang.Ia mempunyai rasa pahit, pedas dan hangat dan berfungsi untuk menghilangkan rasa sejuk,analgestik,melancarkan pengaliran darah. Ia mengandungi minyak terpeluap ( volatile oil) iaitu Phellandrene, cadinene, thujvl alkohol.kandungan kimia yang lain ialah alfa-amirin, fernenol, dehydromatricaria ester, cineole, terpinen-4-ol, beta- karyophyllene, 1-quebrachitol.
Di gunakan untuk rawatan.
Mengatasi Masalah Senggugut  (Dysmenorrhea) Dan Melancarkan Perjalanan Haid. Digunakan Untuk Mencegah Keguguran (Threated Abortion) Akibat Dari Pergerakan Janin Yang Berlebihan, Untuk Mengatasi Masalah Keputihan, Muntah Darah Dan Memudahkan Proses Kelahiran - Rebus 10g hingga 30 g daunnya yang segar dan airnya diminum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan