free counters

Isnin, 29 November 2010

Ayam Masak Serai


Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil 
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan Untuk Dikisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Cara penyediaan:

1 Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat  dan toskan minyaknya.
2 Tumiskan bahan bahan yang telah dikisarsehingga agak garing.
3 Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan