Bahan-bahan |
1/2 ekor ayam yang dicuci dan dilumur garam kunyit. |
1 biji bawang besar dipotong bulat |
1 biji chili hijau dipotong melintang |
5 sudu chili boh |
2 biji limau nipis diperah dan ambil jusnya |
Sedikit halia dihiris halus |
Sedikit kicap cair |
Sedikit kicap pekat |
Sedikit sos tiram |
Bahan Untuk dikisar: |
1 biji bawang besar |
4 ulas bawang putih |
Cara penyediaan: |
1 Goreng ayam sehingga separuh masak. |
2 Panaskan sedikit minyak dan tumis halia. Biarkan garing. |
3 Masukkan bahan kisar. Kacau rata sehingga naik baunya. |
4 Masukkan chili giling dan kacau lagi hingga pecah minyak. |
5 Masukkan kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kacau dan boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering. |
6 Masukkan bawang besar dan cili hijau. |
7 Masukkan ayam dan kacau rata. |
8 Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan kacau lagi rata-rata sebelum tutup api. |
Ahad, 28 November 2010
Ayam Masak Kicap
Label:
Ayam Masak Kicap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan