free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Tenggiri Masak Lemak


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan tenggiri
3 helai daun kunyit - carik dan simpul - saya hiris halus
3 batang serai dititik
8 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
1 sudu besar garam
1 sudu teh serbuk perasa jika suka
1 sudu besar gula - atau secukup rasa
2 biji tomato - belah 4

Bahan Dikisar Halus:

3/4 cawan cili api
2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia muda

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang merah dan bawang putih. Bila telah wangi, masukkan bahan2 dimesin. Masak hingga naik minyak.
2 Masukkan ikan dan biar sebentar
3 Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit, daun limau purut, asam gelugur dan biar hingga mendidih
4 Bila telah agak pekat, masukkan tomato dan renih lagi.
5 Angkat dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan