free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Serimuka Durian


Bahan-Bahan:

Bahan Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 cawan santan cair dicampur sedikit garam

Cara penyediaan:

1 Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2 Alas dengan plastik loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3 Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas;

3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 camt garam
2 biji telor

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke blender dan kisarkan.
2 Panaskan bahan lapisan atas dalam periuk sehingga naik wap.
3 Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
4 Bila telah masak, sejukkan betul betul selama 4 -5 jam baru dipotong dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan