free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Tat Nenas


Bahan-Bahan:

150 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
150 gram buttercup/planta
2 biji kuning telur

Intinya:

1 biji nenas
Gula secukupnya
Pewarna kuning
2 kuntum bunga cengkih

Cara penyediaan:

1 Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan buttercup ke dalam mangkuk. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati. 

2 Masukkan kuning telur dan uli lagi. Tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut dan senang ditekan pada acuan. 

3 Setelah siap adunan, tekan pada acuan memanjang dan masukkan intinya. bakar 180C selama 30-40 minit.

Untuk intinya.

1 Potong nenas kecil-kecil dan kisar halus. toskan airnya hingga kering. masukkan nenas dan bunga cengkih dalam kuali dan masak hingga airnya betul-betul kering. kacau selalu supaya tidak hangus. setelah itu masukkan gula dan pewarna kuning. jika boleh, biarlah rasanya manis. kacau lagi hingga betul-betul kering dan pekat barulah tutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan