free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Tat Keju


Bahan-bahan :

125 gram mentega
60 gram gula kastor
1 biji kuning telur
250 gram tepung gandum serbaguna
Sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1-2 sudu besar air

Cara penyediaan:

1 Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang.
2 Masukkan telur dan pukul sebati.
3 Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula.
4 Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Inti Krim Keju :

250 gram krim keju Philadelpia
50 gram mentega
70 gram gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan blueberry pie filling

Cara penyediaan:

1 Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
2 Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi.Letakkan sedikit bluebery pie filling ke tengah tat dan lorekkan dengan lidi.
3 Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan