Bahan-Bahan: |
1 ekor ayam – potong dua |
3 cawan beras basmathi – cuci dan rendam 30 minit dan ditos |
4 1/2 cawan air panas |
2 sudu minyak masak |
1 sudu minyak sapi |
1 batang kayu manis |
3 biji buah pelaga |
2 biji bunga cengkih |
1 biji bawang besar – dipotong dadu |
3 ulas bawang putih – dipotong dadu |
1 biji lobak merah – diparut |
1 biji buah tomato – dikisar |
2 sudu tomato puri |
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) |
1 sudu besar rempah kabsa |
1 biji lemon hitam / kering – dicucuk bahagian tengah |
1 biji lada benggala merah – dipotong dadu |
1 sudu kecil serbuk lada hitam |
2 tangkai cili merah – tak perlu dipotong |
1/2 cawan kismis |
Garam secukup rasa |
Gula secukup rasa |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang , buah pelaga, bawang putih, bawang besar dan goreng hingga wangi |
2 Masukkan buah tomato, tomato puri, lemon, pewarna kuning dan rempah kabsa. Goreng sebentar |
3 Kemudian, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Tambahkan garam dan gula secukup rasa |
4 Masukkan lobak merah, cili benggala, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masak nasi seperti biasa |
5 Kacau nasi bila nasi betul-betul masak selepas 30 minit agar nasi tidak hancur |
Bahan Untuk Sos: |
Sedikit tomato |
Sedikit cili hijau |
Sedikit batang ketumbar |
Gula secukup rasa |
Garam secukup rasa |
Jus lemon secukup rasa |
Cara penyediaan: |
1 Kisar tomato, cili, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon. Hidangkan bersama nasi. |
Khamis, 14 Julai 2011
Nasi Kabsa Ayam
Label:
Nasi Kabsa Ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan