free counters

Khamis, 14 Julai 2011

Tat Dahlia


Bahan-Bahan:

Bahan 125 gram butter
125 gram majerin
70 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung

Bahan Untuk Jem Nenas:

1 biji nenas dikisar dan masak sehingga pekat baru dicampur gula
1/2 cawan air 
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 sudu kecil air
pewarna kuning

Cara penyediaan:

1 Gaulkan butter,majerin dan gula sehingga sebati.
2 Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3 Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak.
4 Gaulkan lagi sehingga rata dan sebati.
5 Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6 Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7  Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8 Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9 Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10 Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11 Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan