free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Spaghetti Ikan Dory


Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 keping isi ikan dory | dipotong empat segi
40 gram serbuk roti
30 gram tepung gandum
30 gram buah zaitun hitam | dihiris


Bahan B:
180 gram spagheti
100 gram udang harimau
150 gram tomato | dicincang
30 gram bawang besar
30 gram bawang merah
50 gram bawang putih
50 mililiter krim masakan
10 gram daun basil
10 gram bahan perasa
20 mililiter minyak zaitun

Cara penyediaan:

1 Untuk bahan A, letakkan campuran buah zaitun dan serbuk roti di dalam gulungan ikan.
2 Salutkan ikan dori dengan tepung gandum. Panaskan minyak zaitun dan goreng sehingga berwarna kekuningan. Asingkan.
3 Untuk bahan B pula, rebus spageti sehingga masak dan toskan. Kemudian tumiskan bahan kisar berserta udang harimau sehingga garing. Seterusnya masukkan buah tomato dan daun basil.
4 Kacau rata. Masukkan pula krim masakan, spageti rebus dan perasakan.
5 Hidangkan bersama ikan dori goreng tadi. Sedia untuk dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan