free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Laksa Pangkor


Bahan-Bahan:

1 bungkus mi kering atau mi Pangkor
30gm kacang panjang
2 keping kek ikan
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2.5cm halia
5 ekor ikan kembung
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara memasak:

1 Mi kering direbus dan ketepikan.
2 Untuk membuat kuahnya, tumis bawang putih dan halia sehingga garing.
3 Masukkan air yang secukupnya untuk dijadikan kuah dan masukkan ikan. Rebus seketika.
4 Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan sebentar.
5 Untuk membuat sambalnya, kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih.
6 Tumis seperti membuat sambal tumis dan masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa.
7 Untuk ulamnya, potong kacang panjang halus-halus dan gorengkan bersama kek ikan.
8 Masukkan mi yang telah direbus ke dalam mangkuk,letakkan kacang panjang goreng,sambal tumis dan kuah laksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan