free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Mee Soto


Bahan-Bahan:

2 bungkus mee kuning - dicelur dan toskan airnya.

Bahan Untuk Kuahnya:

1 ekor ayam dipotong 16 ketul - rebus dan siat klu suka
2 bungkus perencah sup berempah Adabi - dicampurkan dengan sedikit air
1 bungkus sup bunjut adabi (keluarkan bahannya dan tumbuk halus)
2 ketul kiub ayam
8 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 mangkuk kacang goreng tanah
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

1 Ayam yang telah dibersihkan direbus hingga masak. Keluarkan ayam dan ketepikan.
2 Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan bahan2 sup yang ditumbuk. Sentiasa mengacau supaya bawang masak sekata. Goreng hingga garing.
3 Masukkan rempah sup adabi yang telah digaul dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
4 Masukkan air rebusan ayam tadi dan gaul rata supaya rempah sup tidak bergentel.
5 Masukkan juga kacang goreng tanah, kiub ayam knorr, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
6 Gaul rata dan biarkan kuah mendidih dan agak pekat.
7 Siap untuk dituang ke atas mee soto.

Bahan Hiasan:

1 bungkus fish ball - dicelur dan dipotong kecil
5 keping fish cake - dicelur dan dipotong kecil
Taugeh - dicelur
Daun bawang - dipotong halus
Daun saderi - dipotong halus
Bawang goreng
Cili padi - ditumbuk dan dicampurkan kicap pekat

Cara Menghidang:

1 Masukkan mee ke dalam pinggan
2 Letakkan bahan2 tabur spt, ayam rebus siat, fish ball, fish cake, taugeh
3 Tuangkan kuahnya.
4 Taburkan pula bahan2 hiasan seperti, daun bawang, daun sadri, bawang goreng.
5 Siap untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan