free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Puding Longan Mangga


Bahan-bahan:

1 biji buah mangga - dipotong dadu
1 tin buah longan
1 tin buah pic - dipotong dadu
300 gram ceri merah
150 gram agar-agar
500 gram gula halus
2.5 liter air
300 mililiter susu pekat
250 gram tepung kastad
2 sudu makan biji selasih - direndam kembang
Sedikit perasa mangga
Sedikit pewarna esen ros merah
Sedikit krim putar untuk hiasan

Bahan Untuk Sos Krim Vanilla:

10 biji kuning telur
120 gram gula
1 liter susu segar
3 sudu makan perasa kordial
Buah oren/mangga
Sedikit esen vanila

Cara penyediaan:

1 Masak agar-agar bersama air dan gula halus hingga mendidih. Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan ketepikan.
2 Bancuh tepung kastad bersama sedikit air dan juga susu manis kemudian panaskan di atas api perlahan.
3 Angkat dan tuangkan ke dalam bekas kaca. Sejukkan.
4  Lebihan tiga bahagian puding di warnakan dengan perasa mangga dan tuangkan ke atas adunan kastad. Sejukkan.
5 Satu bahagian lagi diperasakan dengan esen ros merah bersama buah pic dan selasih. Tuangkan ke atas lapisan terdahulu dan sejukkan.
6 Satu bahagian lagi diwarnakan dengan cerah dengan longan dan ceri merah. Tuangkan ke atas lapisan paling atas dan sejukkan.
7 Untuk sos krim vanila, panaskan susu segar hingga suam dan ketepikan. Pukul kuning telur bersama gula hingga naik kemudian masukkan ke dalam susu segar.
8 Masukkan esen dan kacau di atas api perlahan hingga pekat. Masukkan perasa buah-buahan dan kacau rata. Hidangkan bersama puding dan sedia dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan