Bahan A: |
500 gram plat lasagna pasta |
Bahan B: |
500 gram daging hancur (seeloknya daging batang pinang) |
30 gram bawang putih - dicincang |
40 gram bawang besar - dipotong kiub kecil |
100 gram isi tomato |
50 gram pati tomato |
5 gram daun basil |
3 gram daun salam |
3 gram oregano |
Minyak masak secukupnya |
Garam secukup rasa |
Lada putih secukupnya |
Bahan C: (Sos keju) |
90 gram mentega |
75 gram tepung gandum |
800 mililiter susu cair |
65 gram keju parmesan (disagat) |
Bahan D: (Keju topping) |
250 gram keju mozzarella (disagat) |
200 gram keju cheddar |
Cara penyediaan: |
1 Sos daging: Tumis bahan B seperti bawang putih dan bawang besar sehingga keperangan. selepas itu masukkan oregano, daun basil dan daun bay. |
2 Tambahkan pati tomato dan masukkan daging hancur. Tumis sehingga daging masak. |
3 Tambahkan isi tomato dan masukkan lada putih dan garam secukup rasa. Kacau rata dan angkat. Ketepikan. |
4 Sos keju (Bahan D): Panaskan mentega di dalam periuk sehingga cair. Tambahkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. |
5 Masukkan susu cair sedikit demi sedikit serta digaul sehingga rata. |
6 Masukkan keju parmesan. Kacau rata dan angkat. Ketepikan. |
Lasagna (Bahan A): |
1 Rebuskan flat lasagna pasta sehingga sederhana masak. Angkat dan rendam di dalam air sejuk. selepas itu, tapiskan. |
2 Sapu mentega di dalam acuan berbentuk empat segi. susunkan lapisan lasagna. Masukkan sos daging. Tambahkan sos keju di atas lapisan sos daging tadi. Letak satu lapisan lagi flat lasagna pasta dan ulang cara tadi. Buat sekurang-kurangnya tiga lapisan lasagna. |
3 Bahagian atas lasagna, ditaburkan keju topping. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 350ÂșC selama 15-20 minit. sedia dihidangkan. |
Jumaat, 15 Julai 2011
Lasagna Daging
Label:
Lasagna Daging
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan