free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

Kek Kelapa Pandan


Bahan-Bahan:

200 gram majerin
50 gram mentega
250 gram  gula kastor
5 biji telur gred B
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
20 gram kelapa kering - dipanggang
Pewarna hijau dan perasa pandan secukupnya

Krim mentega:

250 gram marjerin putih atau krimwell
150 gram gula aising

Hiasan:

Bunga 'Gum Paste'

Cara penyediaan:

1 Putar mentega, majerin dan gula kastor sehingga berkrim.
2 Masukkan telur sebiji demi sebiji.Ayak tepung gandum dan serbuk  penaik didalam bekas berasingan.
3 Akhir sekali masukkan tepung yang diayak, kelapa kering, pewarna hijau & perasa pandan.
4 Adunkan sehingga sebati, masukkan kedalam loyang 9î bulat dan bakar pada suhu 160°C - 180°C selama 45 minit atau sehingga masak.
5 Sementara menunggu kek masak, putar majerin putih atau krimwell dan gula aising sehingga berkrim dan kembang.
6 Apabila kek sejuk, paipkan krim mentega dan hias dengan bunga ‘gum paste’ berwarna merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan