free counters

Sabtu, 16 Julai 2011

Pucuk Ubi Masak Lemak


Bahan-Bahan:

1 ikat pucuk ubi - Rebus bersama sedikit garam hingga empuk.
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang lada merah dan hijau - dihiris

Bahan Untuk Di Kisar:

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
7 gram ikan bilis
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit garam dan gula

Cara penyediaan:

1 Pucuk ubi ditoskan dan diperah sedikit untuk mengeringkan airnya. Ketepikan.
2 Masukkan santan cair kedalam periuk bersama sama  bahan hiris dan juga bahan tumbuk dan dikacau rata.
3 Setelah itu masukkan serai yang dititik tadi, dan kacau lagi sebentar.
4 Masukkan pucuk ubi yang telah ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau lagi dan kemudian masukkan santan pekat bersama garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5 Bila kuah mula mendidih perasakan dan bolehlah ditutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan