free counters

Sabtu, 16 Julai 2011

Pucuk Ubi Goreng Berlada


Bahan-Bahan:

20 tangkai pucuk ubi kayu
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1/2 cawan air
4 biji telur
Sedikit belacan
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Rebus pucuk ubi kayu dan kemudian toskan. Hiris halus-halus pucuk ubi kayu tadi.
2 Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3 Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
4 Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan selama 2 minit.
5 Selepas itu, pecahkan telur dalam kuali. Biarkan selama 2 minit.
6 Masukkan pucuk ubi kayu yang telah dihiris.
7 Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8 Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan